My Blog List

Friday, 29 March 2013

Associated Cyclosportif Trekker (ACT)

Ditubuhkan pada bulan Jun 2008, Associated
Cyclosportif Trekker (ACT) adalah
kelab basikal kembara  terdiri  daripada 200
ahli di seluruh negara. Kelab ini bertujuan untuk bukan sekadar untuk mempromosi  berbasikal untuk sukan  tapi,
melihat berbasikal sebagai platform yang hebat
untuk memupuk nilai-nilai sosial yang baik, mewujudkan
kesedaran tentang kepentingan flora dan fauna,
dan yang lebih penting kelab ini percaya bahawa
berbasikal adalah alat  yang membangkitkan semangat ahli-
ahlinya dan mewujudkan displin dari berbasikal serta memupuk diri supaya bertanggungjawab ke arah membina sebuah masyarakat  berdisiplin dan
generasi yang sihat dari segi fizikal dan
psikologi dalam menuju kearah
aspirasi negara dalam pembanggunan negara - aspirasi 1Malaysia

Kelab Act memberi tumpuan kepada ekspedisi merentas desa,
menjelajah  pelbagai negeri dan daerah diMalaysia. Setakat ini ia telah menjelajah di hampir seluruh negeri-negeri di Malaysia
melalui ' Program  Ekspedisi Daerah'.
Kelab Act  telah membina persahabatan baru dan
rangkaian daripada program-program ini, terutama
dengan masyarakat kawasan luar bandar. Ahli-ahlinya
telah mendapat manfaat dengan peluang yang luas dalam
menimba pengetahuan , berkongsi pengalaman , dan menghargai
persamaan budaya serta perbezaan
kalangan unik multi-budaya
Masyarakat Malaysia.

Kelab Act di peringkat antarabangsa telah bekerjasama dengan
Assosiasi Sepeda Sport Al-Zaytun (ASSA),
Indonesia berasaskan kelab basikal kembara,dan Kelab Act telah berkerjasama
menganjurkan  'Tour Ekspedisi Berbasikal ASEAN 'pada bulan Ogos 2008. kedua-dua kelab telah berjaya merentasi sempadan
tiga negara ASEAN; Singapura, Malaysia
dan Thailand

Ekspedisi juga memperingati sempena hari
kemerdekaan
Indonesia, Singapura dan Malaysia yang semuanya
jatuh dalam bulan Ogos. Tidak lupa juga  Hari ASEAN juga jatuh pada bulan yang sama,dan ekspedisi ini menyemarakan lagi semangat dan cintakan negara dan semangat Asean.

Kelab Act mempunyai iltizam tinggi dan membawa inspirasi kepada ahli-ahlinya
ke arah sikap gaya hidup sihat serta
memupuk nilai-nilai sosial yang baik dalam menjadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab
Dan berpegang teguh kepada kepercayaan agama,
kedaulatan negara dan kenegaraan. Perjalanan Kelab Act baru
sahaja bermula dan ia akan tidak pernah berakhir.

Moto "ACT together as ONE"

No comments:

Post a Comment